Blog lifestyle untuk info semasa,politik, percutian, famili, cara buat duit dari rumah. Kongsi tips, panduan blogging,tpis kesihatan ,humor, bisnes online

14 Mei 2019

URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH RENDAH


DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBU BAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH
1. Borang SRTATS (diisi ibu bapa/penjaga)
2. Salinan sijil lahir murid
3. Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
4. Salinan surat nikah
5. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
6. Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Bil utiliti (alamat terkini)

DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. Borang P.U.(A) 275 Jadual ketiga (diisi pihak sekolah)
2. Senarai semak dokumen yang diperlukan
3. Salinan sijil lahir murid
4. Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
5. Salinan surat nikah
6. Salinan sijil cerai
7. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
8. Surat anak angkat (jika anak angkat)
9. Bil utiliti (alamat terkini)

DOKUMEN URUSAN KEMASUKAN MURID WARGANEGARA MENGIKUT KOHOT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA/SAR/CICIR/LEWAT PENDAFTARAN
1. Borang  ASBS
2. Salinan sijil lahir murid
3. Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
4. Salinan surat nikah
5. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
6. Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Sijil berhenti sekolah swasta (jika berkenaan)

KEMASUKAN MURID TANPA SIJIL LAHIR
1. Borang MWTD/SPI.1/2009
2. Membuat permohonan pendaftaran lewat kelahiran ke Jabatan Pendaftaran Negara
3. Pengesahan kelahiran dari klinik/hospital
4. Salinan K/P ibubapa/penjaga

URUSAN PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada sebarang pertukaran bagi murid prasekolah (kerana tidak semua sekolah ada kelas prasekolah dan ianya juga melibatkan peruntukan perkapita khas murid yang tidak boleh dipindahkan)


Tiada ulasan: