Blog lifestyle untuk info semasa,politik, percutian, famili, cara buat duit dari rumah. Kongsi tips, panduan blogging,tpis kesihatan ,humor, bisnes online

2 Feb 2019

Pemberi Pinjam Wang akan dijenamakan semula

PUTRAJAYA: Syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang dilesenkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dijenamakan semula bagi mengubah persepsi umum terhadap syarikat itu yang sering dianggap sebagai along.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempata, Zuraida Kamaruddin, berkata penjenamaan semula itu dijangka dilaksanakan Jun ini yang akan turut membabitkan perubahan nama PPW supaya dilihat lebih mesra.
"Saya mahu mengubah persepsi rakyat terhadap PPW ini kerana syarikat ini sering dikaitkan dengan along sedangkan lesen PPW yang dikeluarkan KPKT ini adalah sah.
"Ini juga akan mengelakkan tuduhan yang mendakwa PPW ini menjalankan perniagaan along," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan KPKT di sini, hari ini.
Yang turut hadir, timbalannya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek.
Zuraida berkata, sebanyak 3900 syarikat PPW dilesenkan di bawah kementeriannya dan setakat ini, beliau tidak menerima sebarang aduan rasmi yang mendakwa syarikat itu menjalankan kerja along.
“Syarikat ini menjalankan kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP). Di peringkat kementerian, saya mahu memastikan lebih ramai peminjam dalam kalangan peniaga kecil, berbanding meminjam kepada along yang akan menyebabkan mereka terdedah kepada ugutan sehingga kepada kes pembunuhan.
"Pinjaman PPW ini terbuka kepada semua, cuma pendedahan mengenai kewujudannya kurang kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka mungkin menganggap syarikat ini seperti bank yang meminta pelbagai perkara, sekali gus tidak menarik minat mereka untuk memohon pinjaman," katanya.
Zuraida berkata, pinjaman daripada PPW adalah tanpa had dengan kadar faedah 18 peratus setahun bagi tanpa cagaran dan 12 peratus dengan cagaran, dan kadar itu juga katanya akan disemak semula.
Sumber : bharian.com.my


Semak pemberi pinjaman wang berlesen di sini


Tiada ulasan: