Blog lifestyle untuk info semasa,politik, percutian, famili, cara buat duit dari rumah. Kongsi tips, panduan blogging,tpis kesihatan ,humor, bisnes online

5 Jan 2019

Denda Pasport Hilang


Rakyat Malaysia yang ingin memperbaharui pasport kerana hilang atau rosak akan dikenakan denda antara RM300 hingga RM1,200 berkuat kuasa Rabu lalu.
Perintah penalti itu terkandung dalam Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember 2018 yang digazetkan minggu ini.
Perintah yang disiarkan di laman sesawang rasmi Pejabat Peguam Negara itu dikeluarkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Dr Ismail Bakar.
Menurut perintah itu, individu yang mahu menggantikan pasport akibat hilang atau rosak bagi kali pertama dikenakan denda RM400, kecuali kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pelajar di bawah 21 tahun yang belajar di luar negara yang dendanya RM300.
Bagi penggantian kali kedua, dendanya masing-masing RM700 dan RM600 untuk dua kategori pemegang pasport yang sama.
Kehilangan atau kerosakan kali ketiga dikenakan denda RM1,200 dan RM1,100.
Laporan media sebelum ini memetik bekas Ketua Pengarah Imigresen Mustafar Ali berkata pihaknya mencadangkan pelaksanaan denda tersebut untuk memastikan rakyat lebih bertanggungjawab menjaga dokumen peribadi yang penting.
Sebelum ini, pemilik yang kehilangan pasport tidak dikenakan sebarang penalti.
Statistik Jabatan Imigresen menunjukkan antara Januari dan Jun 2017, 31,287 pasport Malaysia dilaporkan hilang dengan lebih 70% daripadanya atas alasan “tidak ingat simpan di mana”.
Baki kes dalam tempoh itu dilaporkan sebagai hilang semasa pindah rumah, tertinggal dalam kenderaan awam, tercicir dari beg atau poket, dicuri atau dirompak, dan hilang akibat bencana alam.
Pada masa ini, Jabatan Pendaftaran Negara mengenakan penalti RM100 bagi kehilangan kali pertama MyKad, manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya RM1,000.


Tiada ulasan: