Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

7 Dis 2018

Ratifikasi ICERD

Maksud Ratifikasi : Mengesahkan

ICERD :

singkatan daripada International Convention For Elimination of All Forms of Racial Discrimination 

atau 

dalam bahasa Melayu bermaksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum

ICERD adalah salah satu daripada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Asasi Manusia.


ICERD diterima oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1965 dan dikuatkuasakan pada 1969. 

Artikel 5 ICERD menjelaskan negara-negara yang telah meratifikasi konvensyen ini mesti menghalang dan memusnahkan diskriminasi kaum dalam semua bentuk dan menjamin hak setiap orang, tanpa perbezaan kaum, warna kulit, asal-usul bangsa dan mendapatkan kesaksamaan di sisi undang-undang.

Sumber : www.sinarharian.com.my

Tiada ulasan: