Blog lifestyle untuk info semasa,politik, percutian, famili, cara buat duit dari rumah. Kongsi tips, panduan blogging,tpis kesihatan ,humor, bisnes online

25 Dis 2018

Love Scam dan Parcel Scam

Image result for parcel scam 
Sumber foto : ohmedia.my


Akhbar harian pada 24 Disember 2018 melaporkan seorang guru wanita rugi RM358,350.00  akibat diperdaya Parcel Scam. Beliau menjadi mangsa terbaru sindiket berkenaan. Mungkin ramai lagi yang tertipu tetapi tidak membual laporan polis kerana malu dan sebagainya. Penipuan Parcel Scam ini sudah popular sejak 10 tahun lalu dan didalangi oleh warga Afrika. Peningkatan kes melebihi 100 peratus agak membimbangkan. Sudah tentu semua pihak perlu membuka mata dan telinga bagi menangani kes jenayah komersial  ini secara serius.

Siapa kumpulan sasaran sindiket ini ?

1.Wanita berkerjaya atau kaya yang kesunyian.


Bagaimana Modus operandi sindiket?

1.Memikat mangsa melalui platform media sosial seperti facebook, hantaran email dan lain-lain dengan ayat-ayat cinta yang romantis.

2.Setelah mangsa termakan pujuk rayu, sindiket berjanji akan memberikan hadiah dalam bentuk mata wang (US Dollar)bernilai hampir jutaan ringgit. Ketika inilah sindiket akan menggunakan orang ketiga meminta mangsa membuat bayaran duti import dan caj penghantaran bagi menuntut hadiah berkenaan.

3.Mangsa kemudian terus diperdaya sindiket kononnya supaya membuat bayaran tambahan kerana hadiah tersebut ditahan pihak kastam. 

4.Mangsa yang tidak menyedari telah ditipu akan terus membuat bayaran tambahan sehinggalah akhirnya mangsa diugut  supaya menyelesaikan segera masalah tersebut atau berdepan dengan hukuman di bawah Akta Pengubahan wang Haram.

5.Mangsa akhirnya akan menyedari  ditipu setelah kehabisan wang sedangkan barangan yang dijanjikan masih belum diterima. Pihak sindiket pula memaklumkan barangan tesebut boleh dituntut di ibu pejabat syarikat kurier tetapi perlu membuat bayaran tambahan. 

Langkah-langkah pencegahan

1.Golongan wanita terutamanya perlu mengambil sikap berhati-hati dengan sindiket penipuan ini.

2.Gunakan aplikasi saringan SPAM  dalam telefon bimbit anda. Ia memudahkan anda mengenali panggilan tersebut Spam atau tidak.

3.Jika anda menerima panggilan kononnya mendakwa daripada institusi perbankan,pegawai polis atau mahkamah sila bertenang.INGAT panggilan daripada pihak bank biasanya disusuli surat atau notis.

4.Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima, sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat atau institusi tersebut.

Pujian harus diberikan kepada pihak berkuasa yang gigih membanteras jenayah komersial ini.







Tiada ulasan: