Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

5 Nov 2018

Lobak Merah @ Carrot

Sehari dua ni trending pasal lobak Merah@Carrot. Dalam dunia politik pelbagai perkara luar jangka boleh berlaku. Ok kita tinggalkan bab tu.Hari ni aku nak kongsikan khasiat Lobak Merah.

whatsapp-image-2017-12-07-at-7-11-14-pm-2
1. Mengurangkan Risiko Barah
Di dalam lobak merah terkandung hidrat arang, fosforus, beta kerotin yang menjadikannya sangat baik untuk kesihatan tubuh. Kandungan beta kerotin, dipercaya berkesan untuk mencegah tubuh dari serangan barah. Kajian menunjukkan, orang yang memakan lobak merah 2 kali sehari, dapat menurunkan 17 % risiko penyakit barah payudara.
Kajian lain juga menunjukkan bahwa lobak merah dapat mengurangi risiko barah paru-paru, barah payudara dan barah usus besar. Pakar menemukan zat falcarinol dan falcarindiol yang merupakan zat anti-barah.
Sebuah kajian menunjukkan risiko payudara 1/3 lebih rendah dari tikus yang memakan lobak merah.
2. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Memakan 6 biji lobak merah dalam seminggu, menurut kajian universiti Harvard baru-baru ini, dapat mengurangi risiko kolesterol tidak baik dalam tubuh, yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Zat antioksidan dalam lobak merah juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi, yang dapat menggalakkan penyakit jantung.

3. Mencegah angin akhmar atau Strok
Kajian yang dilakukan di Harvard menunjukkan bahawa pengambilan enam lobak merah satu minggu dapat mengurangkan risiko penyakit strok atau angin akhmar dibandingkan dengan orang yang hanya mengambil satu biji sebulan.
4. Baik Untuk Kesihatan Mata
Lobak merah kaya akan kandungan beta-kerotin, yang diubah menjadi vitamin A dalam hati. Vitamin A ditransformasikan dalam retina, untuk rhodopsin, pigmen ungu yang diperlukan untuk mempertajam penglihatan di malam hari.
Beta-kerotin juga telah dapat melindungi dari degenerasi makula dan katarak yang merupakan salah satu masalah kesihatan mata yang sering terjadi pada orang tua. Sebuah kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil beta-kerotin memiliki risiko 40% lebih rendah dari degenerasi makula dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambilnya.

5. Baik Untuk Kesihatan buah pinggang
Sifat penyembuhan dalam jus lobak merah sangat membantu untuk membersihkan dan menyaring buah pinggang. Meskipun pakar mengatakan bahawa orang dengan penyakit buah pinggang tidak boleh minum jus, ternyata lain halnya dengan lobak merah, sayuran ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
Sumber : https://www.suria.my/sensasi/gaya/5-kebaikan-lobak-merah



Tiada ulasan: