Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

16 Ogo 2018

Cerita Bersih Cekap dan Amanah

Semalam PM Malaysia Ke - 7 kembali mengingatkan semua penjawat awam tentang tiga nllai hidup penting yang perlu ada dalam diri masyarakat iaitu bersih,cekap dan amanah. Nilai ini menentukan sama ada sesebuah negara itu gagal atau berjaya. Kata Tun M, elemen bersih bermakna tiada rasuah, cekap pula bermaksud berkemahiran dan boleh melakukan sesuatu kerja manakala amanah pula membabitkan soal membina kepercayaan dan kejujuran. Nilai mulia bukan sahaja membantu mendisiplinkan diri,malah melancarkan pentadbiran sekali gus memastikan segala urusan dilakukan mengikut ketertiban dan peraturan yang ditetapkan. Ujar beliau lagi ,jika hendak kejar kekayaan sekali pun, ia perlu dilakukan secara halal.Kita perlu berdisiplin, amanah dan rajin bekerja, termasuk menolak rasuah kerana ia tidak baik dan boleh menjejaskan imej negara. Moralnya tanpa rasuah, pentadbiran negara akan berjalan lancar, negara akan maju ,aman dan makmur.


Disesuaikan dari Berita Harian, Khamis 16.8.18

Tiada ulasan: