Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

23 Ogo 2018

Cerita Bangkai Paus Malang

Image result for whale shark manila bay

Semalam sekumpulan nelayan menemui bangkai seekor ikan paus spesis terancam terdampar di pinggir pantai.Beratnya melebihi 1.9 tan. Panjangnya pula 4.87 meter.Apa yang mengejutkan perutnya dipenuhi sisa plastik dan air kotor. Sesuatu yang amat menyedihkan. Apakah bumi kita sudah semakin tidak selamat. Pencemaran akibat perbuatan manusia berlaku di mana-mana. Pencemaran bukan sahaja mengancam hidupan marin. Lambat laun manusia juga akan menerima kesannya. Bayangkan suatu hari kita kehilangan sumber protin utama. Kita makan ikan yang dicemari bahan kimia dan sebagainya. Sudah tiba masanya kita memikirkan secara serius tentang kepentingan menjaga alam sekitar demi kelangsungan generasi seterusnya. Bumi ini warisan anak cucu kita. Menjaga kebersihan alam bermula dari diri kita sendiri.

Tiada ulasan: