Blog lifestyle untuk info semasa,politik, percutian, famili, cara buat duit dari rumah. Kongsi tips, panduan blogging,tpis kesihatan ,humor, bisnes online

29 Mei 2018

Cerita Hari Rabu 9 Mei 2018

Semua orang menunggu hari Rabu. Apa cerita hari Rabu. Suatu hari yang penting. Hari yang menentukan kesinambungan kerajaan lama atau pembentukan sebuah kerajaan baru. Hari rakyat membuang undi tanda proses demokrasi di negara kita tetap subur. Umur anda mencapai 21 tahun? anda layak mengundi. Tak kira anda tua atau muda. Sama-sama keluar mengundi. Hari itu sudah berlalu. Hari itu sudah menjadi sejarah. Hari itu merubah semuanya. Hari itu menyaksikan penguasaan parti BN selama 61 tahun berakhir. Dari sebuah kerajaan, menjadi pembangkang sementara Pakatan Harapan, pakatan parti pembangkang membentuk kerajaan baru. Hari itu mencipta sejarah. Perdana Menteri yang pernah berkuasa selama 22 tahun , kini dipilih kembali menerajui kerajaan, tetapi di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan.  

Tiada ulasan: