Blog lifestyle untuk info semasa,politik, percutian, famili, cara buat duit dari rumah. Kongsi tips, panduan blogging,tpis kesihatan ,humor, bisnes online

4 Jun 2017

Cerita Masam Mencuka




Alkisahnya pada minggu lepas saya ke sebuah Pusat Kesihatan gigi di daerah saya untuk menukar tarikh temujanji. Sampai di kaunter, saya memberi kad kepada kerani bertugas. Dipandangnya saya terkebil-terkebil seakan ada yg tak kena. Saya minta maaf tak dapat datang pada tarikh asal kerana beberapa hal yg tak dapat dielakkan. Dia diam membisu, tanpa sepatah kata. Agaknya permohonan maaf saya tu tak didengarinya, atau tak larat kerana berpuasa, atau tak laku entahlah!.Berdiri lagi saya di situ menunggu ada tak butir2 percakapan daripadanya, tapi dia terus membisu dan masih lagi memandang saya dengan wajah yang kehairanan...pelikkah kes saya ni, bisik hati kecil.Sekejap datang lah seorang jururawat mengambil kad daripadanya dan terus ke bilik pendaftaran untuk menukar tarikh baru. Sementara menunggu kad saya pun duduk di kerusi, di sebelah saya, sepasang suami isteri ."Masam mencuka kerani tu ya kata saya kepadanya", aahh betullah jawabnya saya pun baru nak cakap...eh apa masalahnya, kami berpandangan...


Moralnya mereka yang bertugas di kaunter, usahlah kedekut untuk mengeluarkan sedikit kata-kata dan murahkan dengan senyuman apabila berurusan dengan seseorang. Anda ibarat duta kecil kerajaan. 

Sumber : Arina Rahman

Tiada ulasan: