Blog lifestyle untuk info semasa,politik, percutian, famili, cara buat duit dari rumah. Kongsi tips, panduan blogging,tpis kesihatan ,humor, bisnes online

8 Feb 2017

PENGALAMAN ADALAH GURU YANG PALING KEJAM




*PENGALAMAN ADALAH GURU YANG PALING KEJAM*
Satu hari, seorang guru sekolah menulis di papan hitam:
9 × 1 = 7

9 × 2 = 18

9 × 3 = 27

9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90


Selesai menulis, dia memandang kepada pelajarnya lalu mereka semua ketawakan beliau. kerana jawapan pertama itu merupakan jawapan yg salah.


Kemudian guru itu berkata,
" Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja.. kerana saya mahu anda belajar sesuatu yang penting. "

"Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda. "
"Anda boleh lihat yang saya tulis dengan TEPAT sekali utk 9 jawapan yg lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah kepada saya untuk itu! "
Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.
Jadikan ini suatu pelajaran..
*"Dunia tidak akan menghargai kebaikan yang kamu buat walaupun sejuta kali, tetapi akan mengkritik anda jika hanya sekali sahaja kesilapan yg kamu buat...*
*YAKIN LAH PADA DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA TIDAK DI SENANGI ATAS KEJAYAAN DAN USAHA YANG BERTERUSAN.*

Tiada ulasan: