Blog lifestyle untuk info semasa,politik, percutian, famili, cara buat duit dari rumah. Kongsi tips, panduan blogging,tpis kesihatan ,humor, bisnes online

22 Jul 2016

The 33

Semalam sempat layan The 33 ..Channel Astro Fox Movie..diadaptasi dari kisah benar tragedi  lombong 2010 di Chile.Kisah tentang ketabahan 33 orang pelombong ini menyesuaikan keadaan antara hidup dan mati setelah terperangkap lebih dari 2 bulan(69 hari) dalam lubang melebihi 700 meter ke dalam perut bumi.Kisah tentang seorang lelaki yang diangkat sebagai ketua sepanjang mereka terperangkap di situ menghadapi konflik dan krisis identiti dalam kalangan anak buah di saat-saat akhir sebelum mereka di selamatkan.Cuma atas alasan wang royalti penulisan pengalaman yang belum tentu diperoleh.Akhirnya lelaki yang memiliki karisma sebagai pemimpin ini tetap berjaya menyatukan ahli kumpulannya supaya terus tabah dan bersatu untuk berusaha mencari jalan membebaskan diri mereka dari terus terperangkap dalam lubang maut tersebut.Namun yang terkesan The 33 menawarkan cerita sebenar tentang semangat juang yang tinggi untuk terus hidup ,tidak mudah mengalah dan mudah putus asa.Mereka sebenarnya memiliki semangat seorang pahlawan.


Tiada ulasan: