Showing posts with label Unik. Show all posts
Showing posts with label Unik. Show all posts

Feb 4, 2016

Bunga Mekar Ketika Azan

Keajaiban ini berlaku di negara Ajerbaizan .Fenomena alam yang sungguh mengagumkan. Sejumlah bunga mekar ketika mendengar laungan azan berkumandang.


Sep 12, 2015

Sentinel Islands Of Andaman And Nicobar @ Pulau Terasing Andaman


DARI udara pulau ini kelihatan sangat menakjubkan dengan keindahan pantai dan hutan namun tiada pelancong atau nelayan yang berani menjejakkan kaki ke pulau yang terletak berdekatan Laut Andaman.

Pulau Sintinel Utara terletak di Teluk Bengal dan kepunyaan negara India didiami oleh satu kaum  misteri kira-kira 60,000 tahun lalu.
Sesiapa yang mendekati kawasan terbabit pasti akan diserang oleh suku kaum misteri tersebut yang menolak peradapan moden dan lebih suka untuk tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar.
Interaksi yang melibatkan mereka hanyalah melalui keganasan.
Pada tahun 2006, suku kaum tersebut telah membunuh dua lelaki yang memancing berdekatan perkampungan mereka malah suku kaum itu turut akan melemparkan batu dan anak panah kepada kapal terbang dan helikopter yang membuat tinjauan di kawasan berkenaan.
Pulau tersebut tidak tercemar dengan arus kemodenan namun tiada banyak maklumat yang diketahui mengenai warganya, bahasa dan upacara ritual yang diamalkan mereka.
Adalah sangat bahaya untuk  mendekati suku kaum tersebut kerana kesukaran mereka untuk menerima orang luar.
Gambar atau video tidak pernah dirakam secara dekat dan jika ada hanyalah gambar yang berjaya diambil dalam kualiti yang rendah.

Menurut Pengarah Survival International, Stephen Corry berkata, suku kaum itu dikenali sebagai "suku kaum zaman batu" dan merupakan suku kaum yang paling terpinggir di dunia di mana kerajaan India sendiri tidak masuk campur dalam urusan mereka.



Sumber : sinar harian

Aug 28, 2010

Liger

Apa tu Liger.Seekor binatang hybrid kacukan  bapanya seekor singa dan ibunya seekor harimau .Tentu comel bukan.Anda lihat sendiri.
Pasti ada yang kata ini mesti teknik photoshop atau super impose.Sudah tentu tidak.Anda saksikan sendiri.



Nov 23, 2009

Harga Sarung Tangan Michael Jackson

Fuhh...macam tak percaya...sepasang sarung tangan milik penyanyi pop legenda Michael Jackson berharga RM1.19 juta...itulah tuah ...bila dah terkenal...cuba anda tanya tukang kebun atau buruh binaan dah berguni-guni sarung tangan yang tak boleh dipakai dibuang selama 20 tahun bekerja...semuanya dibuang atau dikitar semula..tak ada harga pun...kalau berus gigi Michael sendiri pun aku rasa pasti cecah beratus ribu dollar US..andaian aku semata-mata.So ini berita asli yang aku petik dari Utusan ONLINE 
SARUNG tangan milik Michael Jackson dibeli oleh firma perhotelan Hong Kong. - AP

NEW YORK 22 Nov. - Sarung tangan putih bertakhta batu pertama yang dipakai oleh Michael Jackson semasa mempersembahkan moonwalk yang menjadi simbol tariannya pada tahun 1983 telah dilelong pada harga AS$350,000 (RM1.19 juta), termasuk cukai semalam.
Hoffman Ma dari Hong Kong yang memenangi bidaan itu telah membayar AS$420,000 (RM1.428 juta), termasuk cukai dan yuran untuk sarung tangan sebelah kiri itu dipakai oleh Jakcson ketika mempersembahkan moonwalk khas sempena ulang tahun ke-25 tahun Motown.
Sarung tangan berkenaan merupakan barangan koleksi peringatan utama Jackson di Hard Rock Cafe, Times Square di sini. Anggaran harga pada pra-lelongan ialah sekitar AS$40,000 hingga AS$60,000 (RM136,000 hingga RM204,000).
"Ia urus niaga yang benar-benar bagus dan adil," kata Ma, 36, merupakan peminat Jackson yang bertanggungjawab membeli barangan berharga muzik pop bagi pihak Resort Hotel Ponte 16 di Macau.
Ketika harga sarung tangan yang melambung tinggi, para peminatnya menjerit dan meraung-raung - menggambarkan kegilaan ketika bintang pop itu ketika menyertai konsert jelajah dunia terakhirnya.
Ikon pop yang mati pada usia 50 tahun pada 25 Jun lalu telah menyerahkan sarung tangannya kepada Walter 'Clyde' Orange, penyanyi kumpulan Commodores.
Jaket yang dipakai oleh Jackson pada jelajah Bad pada tahun 1989 telah dijual pada harga AS$225,000 (RM765,000) iaitu 20 kali ganda melebihi daripada yang dianggarkan AS$8,000 (RM27,200).
Jualan itu telah dilakukan oleh firma lelongan Julien's yang berpangkalan di Los Angeles itu termasuklah topi fedora yang dipakai oleh Jackson pada persembahan moonwalk. Ia terjual pada harga AS$22,000 (RM74,800), jauh melebihi daripada harga AS$2,000 (RM6,800) yang dianggarkan.
Penduduk New York, Linda Derogene berkata, dia memperuntukkan lebih AS$5,000 (RM17,000) bagi mendapatkan barangan dipakai oleh idolanya dalam konsert yang beliau tidak berpeluang melihatnya sebagai simpanan peribadinya. - AP

Nov 22, 2009

Beijing Mosque-Rantau Panjang



foto :skyscrapercity.com
DI PANDANG dari jauh seumpama tokong Cina. Bentuk atapnya yang melentik di bahagian hujung betul-betul seperti tokong. Dari jauh bangunan unik itu sudah kelihatan.

foto : adidabatch.blogspot.com
Terdapat tujuh bumbung melentik seumpama itu. Tambahan pula warna merah dicatkan di bingkai kayu di bawah atap. Warna terang tersebut juga dilihat di tokong-tokong Cina.

Cuma menara membezakan di antara tokong dan masjid. Menara yang diukir di atasnya seperti serban seorang lelaki. Ia dapat dilihat dari jauh.

Atapnya berwarna hijau tua dan dinding masjid kekuningan. Kaum Tionghua meluah rasa terharu apabila terpandang binaan masjid tersebut.

Mereka mengakui keunikan reka bentuknya tidak pernah disaksikan di negara ini melainkan di China.

Apabila anda memasuki ke ruang solat, ramai yang terpegun. Seni ukuran hasil kerja tangan pengukir dari Uzbekistan cukup mengagumkan. Warna biru muda dan kuning dengan ukiran Timur Tengah tidak puas mata memandang.

Begitu juga mimbar khutbah, sekali lagi terserlah senibina Cina hasil kerja tangan tukang tempatan.


Seorang pelancong Tionghua dari Ipoh berani mengatakan suatu pemikiran baru berjaya dilahirkan di Kelantan.Idea ini dicetuskan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang ulama yang juga Menteri Besar  Negeri Kelantan.

sumber : sanggahtoksago.blogspot.com

Nov 7, 2009

Singa Makan Daging


VICTORIA - Beberapa pelancong teruja seekor singa memakan daging mentah di atas bonet sebuah jip yang dinaiki mereka di Zoo Werribee di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Aksi singa itu merupakan daya tarikan terbaru di zoo tersebut yang dibuka sejak 2006.
Satu pasangan pelancong, Robyn dan Davin Price yang berumur 34 tahun membawa tiga anak mereka melawat zoo itu pada Jumaat lalu.
Robyn berkata: "Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan. Pada mulanya kami berasa takut."
Menurut Davin, anak-anaknya cuba untuk menyentuh singa itu.
"Ia merupakan satu idea yang bijak. Anda tidak pernah berada dekat dengan haiwan yang menakjubkan ini," katanya. - Agensi

Sumber kosmo.com.my

Berat Lembu Jantan


NORTH PETHERTON, England - Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui.
Lembu jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat haiwan itu.
Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat haiwan itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu.
"Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya," kata Duckett.
Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini. - Agensi
Sumber.Kosmo.com.my

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.