Showing posts with label Undang-undang. Show all posts
Showing posts with label Undang-undang. Show all posts

Feb 27, 2010

Bankrap @ Muflis

Kata sesetengah orang apa ada pada nama.Betulkah? Oh tidak..Sesiapa yang berpandangan begitu dia sebenarnya tergolong ke dalam kumpulan dungu.Sebenarnya nama cukup penting bila kita hendak membuat pinjaman perumahan ,membeli kereta ,memohon kad kredit ,menjadi penjamin dan sebarang urusan berkaitan kewangan dengan institusi kerajaan dan swasta.Kali ini aku nak kongsi topik bangkrap atau muflis.


Definisi @ maksud bankrap atau muflis

Seseorang yang gagal :

a. menjelaskan pinjaman orang perseorangan
b. sewa beli kenderaan
c. pinjaman peribadi atau perumahan
d. menjadi penjamin sosial
e. Kakitangan Kerajaan Kumpulan A yang menjadi penjamin tetapi sipeminjam gagal 
    membayar hutang
f. pinjaman pelajaran
g. Hutang Kad Kredit
h. Hutang Cukai Pendapatan

Dengan jumlah hutang tidak kurang daripada RM30,000.00

Rumusannya :
Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.


Apabila berlaku kegagalan pembayaran balik hutang ,pemiutang akan memfailkan petisyen kepada mahkamah dengan syarat hutang tidak kurang daripada RM30,000 kerana jika di bawah nilai itu kes berkenaan tidak boleh diisytiharkan bankrap.

Kalau anda inginkan penyelesaian kerana telah diisytiharkan muflis atau mahukan maklumat lanjut tentang bankrap lawati laman web Jabatan Insolvensi Malaysia.Mereka boleh membantu cara atau langkah-langkah untuk  menyelesaikan masalah anda.

Sumber : harian Metro & Jabatan Insolvensi Malaysia.

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.