Showing posts with label Tsunami. Show all posts
Showing posts with label Tsunami. Show all posts

Mar 13, 2011

Lagi tsunami Jepun 2011


Lihat lagi gambar satelit muka bumi Sendai ,Jepun sebelum dan selepas Tsunami DI SINI.

Mar 12, 2011

Japan EarthQuake 2011

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitude melanda Sendai...

Mar 6, 2010

Tsunami

Mungkin ada kalangan anda yang hanya tahu menyebut Tsunami.tetapi tidak tahu apa itu Tsunami.

Apa itu Tsunami ?

Perkataan Tsunami berasal daripada bahasa Jepun bermaksud ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki. Tsunami merupakan satu siri ombak besar melebihi ketinggian 30 M. 


Bagaimana tsunami berlaku ?






Tsunami  berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan dan ancaman kepada manusia yang tinggal berhampiran pantai.

Siapakah yang berisiko akibat Tsunami ?

Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun dan Hawaii, .Namun begitu mereka mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.




Panduan Menghadapi Bencana Tsunami.
Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain. 

1. Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh. Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat. Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan. 

2. Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami. Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.

3. Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai. Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.

4. Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai. Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan. Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.

5. Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan. Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana

Sumber : wikipedia.


Lagi Bencana Tsunami


Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.