Showing posts with label Tip Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Tip Balik Kampung. Show all posts

Aug 24, 2011

Sedikit Tip Sebelum Balik Kampung


Sebelum anda meninggalkan rumah untuk balik beraya jom kita baca sejenak tip yang boleh dikongsi bersama untuk menjamin keselamatan rumah kita semasa kita pulang beraya :

1. Membuat solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT dari sebarang pencerobohan dan bencana.
2 Minta bantuan dari jiran-jiran yang tidak pulang ke kampung untuk menjenguk atau    mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah,
3. Pastikan semua kunci bilik, pintu utama dan pintu dapur berkeadaan baik,
4.Pasangkan kunci tambahan atau sistem penggera keselamatan (sekiranya berkemampuan) 

5.Awas ..malang tidak berbau..jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electric di luar rumah anda,
6. Pastikan semua perkakasan elektrik ditutup (Langkah terbaik… semua plug ditanggalkan),
7.Pastikan Kepala Gas ditutup..bimbang berlaku kebocoran gas..tak pasal2 rumah meletup.
8. Pastikan semua tingkap ditutup dan bertutup,
9. Pastikan semua pintu bilik, pintu dapur,pintu utama dan pintu pagar dikunci dengan baik,
10. Bagi yang memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, pastikan binatang tersebut tidak terperangkap dalam rumah.
11. Berdoa sebelum meninggalkan rumah dan memulakan perjalanan.

Semoga perjalanan kita selamat, rumah kita pun selamat atas perlindungan Allah..

Sumber : Surau FatimahAzZahra

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.