Showing posts with label Think Big. Show all posts
Showing posts with label Think Big. Show all posts

Nov 13, 2014

Kenapa Saya Pakai T'shirt Yang Sama

 
 Billionair CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah mendedahkan kenapa dia memakai baju T-shirt berwarna kelabu yang sama setiap hari - dan logik beliau di dalam jawapan ini boleh membuatkan anda terfikir  untuk mengambil semula masa yang telah anda habiskan di hadapan cermin.

Dalam satu sesi soal jawab semalam, Zuckerberg ditanya "kenapa kamu memakai baju T-shirt sama setiap hari?".

"Saya benar-benar mahu membuatkan hidup saya jelas supaya saya hanya perlu membuat sedikit keputusan dalam semua perkara kecuali bagaimana untuk berkhidmat dengan terbaik untuk masyarakat", jawabnya sambil menjelaskan dia mempunyai beberapa helai baju yang sama.

Zuckerberg berkata walaupun membuat keputusan yang kecil, seperti apa yang perlu dipakai setiap hari, atau apa yang hendak dimakan pada waktu pagi, sama seperti cukai bagi otak- dan dia tidak sanggup membazirkan tenaga untuk membuat perkara seperti itu.

"Saya merasa sangat bertuah kerana berada di posisi sekarang ini dimana saya bangun setiap hari dan berkhidmat kepada satu billion orang", sambung Zuckerberg.

"Dan saya merasa seperti tidak melakukan kerja jika saya membazirkan tenaga melakukan perkara bodoh atau remeh temeh didalam hidup saya", katanya lagi. -  Nakbebel

May 8, 2011

Cerita Lawan tarik Tali

Dua hari lepas aku sempat menyaksikan satu perlawanan tarik tali anjuran sebuah pertubuhan.Ironinya salah satu pasukan hanya memiliki bentuk fizikal yang sederhana berbanding lawan mereka yang memiliki tubuh sasa dan secara kasarnya dilihat mampu memenangi perlawanan tersebut.Secara logiknya sudah tentulah kumpulan yang memiliki badan sasa dan berat badan melebihi lawan mereka pasti menang.Malangnya keputusan amat mengejutkan.Kemenangan tidak berpihak kepada mereka.Malahan kecundang kepada pihak lawan  dalam kedua-dua pusingan hanya dalam beberapa minit.Apakah sebenarnya yang berlaku.Kesilapan yang tidak mereka sedari.Puncanya adalah TEKNIK dan STRATEGI.kesilapan teknik dan salah  percaturan menyebabkan mereka tewas kepada kumpulan yang bertubuh sederhana tetapi memiliki strategi dan teknik yang berkesan untuk mengalahkan pihak lawan.Kehebatan pihak lawan bertahan dan mengatur langkah yang tersusun disusuli dengan kerjasama kumpulan membolehkan mereka memenangi perlawanan tersebut. Satu pengajaran yang boleh kita gunakan dalam apa jua situasi.Kesimpulannya walaupun kita memiliki segala kekuatan namun jika kita tidak menggunakan strategi dan teknik yang berkesan kita akan mudah tewas dalam apa jua keadaan dan bidang yang kita ceburi.  

Mar 5, 2011

10 Perkara Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang

Semua orang ingin duit.Siapa yang tak nakkan duit , dia manusia gila.Tidak normal.Tetapi sesiapa yang gila-gila duit sehinggakan lupa pada akhirat , halal dan haram ,dia juga bukan manusia normal.Mari kita lihat 10 perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit untuk renungan bersama :

1.Dengan duit kita boleh membeli katil emas tetapi duit tidak dapat membeli tidur yang nyenyak.Maksudnya kalau kita tidak dapat tidur nyenyak dan sering terganggu apa guna beralaskan katil dan tilam emas.
2.Dengan duit kita boleh membeli makanan paling lazat di dunia tetapi belum tentu kita berselera untuk makan apatah lagi kita ditimpa pelbagai penyakit berpunca dari amalan pemakanan yang tidak sihat.
3.Dengan duit kita boleh membeli istana paling mahal di dunia tetapi belum tentu fikiran kita tenteram ketika berada di dalamnya.
4.Duit boleh membeli kawan tetapi bukan persahabatan.
5.Dengan duit kita boleh membeli kuasa tetapi bukan kehormatannya dan integriti.
6 Dengan duit kita boleh membeli ubat terbaik di dunia tetapi belum tentu mampu menyembuhkan penyakit.
7.Dengan duit kita boleh membeli darah tetapi bukan nyawa.
8.Dengan duit kita boleh membeli jam termahal di dunia tetapi bukan waktunya.
10. Dengan duit kita boleh membeli buku tetapi bukan pengetahuannya.

Feb 25, 2011

Kisah Buah Betik




Semalam aku mengunjungi rumah seorang rakan yang terletak di sebuah perkampungan tradisional Melayu.Semasa berehat di bawah pohon rambutan di halaman rumahnya(fenomena biasa di kawasan kampung) seekor burung merbah hinggap pada buah betik yang masak ranum.Kelihatan buah itu tidak diusik langsung oleh tuan rumah.Hanya menjadi makanan Sang Merbah yang kelihatan kekenyangan dapat rezeki percuma.Kehebatan seekor binatang.Tak perlu bayar sesen pun.Cuma perlu rajin mencari rezeki.Sifat yang sama bagi manusia jika ingin kaya mesti rajin dan bijak mencari peluang.Kembali cerita betik tadi, aku termenung seketika.Di bandar, harganya RM 1.38 dan boleh mencecah RM2.00 sebiji.Betik yang telah dipotong harganya RM1.Di kampung betik tersebut tidak bernilai sesen pun.Mungkin ramai yang tidak tahu betik sebenarnya kaya dengan Vitamin A (bahagian kulit)  kalium,besi,tiamin,roboflavin dan niasin.Nutrien dalam betik ini sebenarnya mempunya nilai perubatannya yang tersendiri.Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C ,mempunyai kandungan serat yang tinggi.Cukup sesuai untuk anda yang mengalami masalah sembelit.Ibu kepada penyakit buasir.kesimpulannya hargailah buah betik.Rezeki Allah yang cukup bernilai dari sudut perubatan.

Feb 19, 2011

Kisah Rimba Bukit Bauk

Rimba Bukit BaukLaluan Rimba Bukit BaukRimba Bukit BaukPagi kelmarin aku bersama rakan beriadah di Hutan 
Rimba Bukit Bauk yang terletak berhampiran Politeknik Sultan Mizan.Satu-satunya hutan rimba yang terletak di pinggir Bandar Dungun..Trek  ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti kembara dan menunggang basikal(Mountain Bike).

Sesekali berjoging sambil menikmati keindahan bumi Tuhan yang cantik dan indah merupakan satu amalan gaya hidup sihat.Teringat kata-kata  pakar motivasi tersohor , jika kita hanya berdiam diri sahaja dalam kebanyakan masa kita , samalah kita seperti ikan yang tidak  tahu berenang atau burung yang tidak pandai terbang dan jika amalan ini berterusan , ikan atau burung itu tidak akan hidup lama.Begitu juga nasib kita.Sudah berzaman-zaman lamanya manusia mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjalankan pelbbagai aktiviti lasak.Sama ada memburu dan bertani , meliputi kerja-kerja membajak,menuai ,mengejar ikan dan burung yang sama.Gaya hidup ini berkurangan dengan kedatangan era revolusi industri , komputer dan robot.Tidak lama kemudian manusia menjadi itik lembab yang memperhambakan diri kepada televisyen, facebook ,Friendster dan sebagainya,dirosakkan dengan penyakit-penyakit moden yang membawa kepada kemerosotan diri seperti darah tinggi , jantung dan beberapa gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.Justeru melibatkan kos perbelanjaan berbillion dollar setahun.Manusia kini harus menghentikan amalan suka makan dan tidur secara rakus dan memulakan amalan beriadah dan bersenam.Jangan mimpikan kesihatan itu akan kekal.
Jika anda berfikir demikian , tunggulah saat kehilangannya.Sekadar peringatan untuk aku dan kita semua.Amalkan gaya hidup sihat.
Trek Joging Rimba Bukit Bauk
Pandangan Dari Puncak Rimba Bukit Bauk

Feb 15, 2011

Cerita Kayak Pecah

Pagi tadi aku ke Awang Beach Resort Rantau Abang  bersama seorang rakan atas urusan kerja.Kebetulan di situ ada tiga orang pelancong asing sedang bersantai di bawah wakaf tepi pantai Laut China Selatan.Aku menyapa mereka.Sapaanku disambut dengan sekuntum senyuman.Aku bertanyakan negara asal mereka.Setiap seorang daripada mereka memperkenalkan diri .Mereka dari Jepun, Thailand dan Singapura.Aku bertanya adakah mereka sedang bercuti di sini.Mereka menjawab tidak.Mereka menjelaskan bahawa mereka sebenarnya berhenti di sini untuk membaiki kayak yang pecah dipukul ombak semasa memasuki perairan Terengganu.Mereka dalam perjalanan ke Singapura.Ke Singapura dengan menaiki kayak ? Aku terkesima. Hebatnya mereka.Berkayak dari Thailand ke Singapura.Meredah ombak ganas dan Laut China Selatan yang luas.Benarlah peribahasa Melayu yang berbunyi ,Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan., Hendak Seribu Daya , Tak hendak seribu upaya.Aku bertanya lagi apa yang dicari mereka.Ketiga-tiganya menjawab satisfaction(Kepuasan).Tidakkah anda takut mati.Mereka menjawab maut di tangan Tuhan.Mereka berkata lebih baik mati dengan cara begini daripada mati dalam kancah dadah dan perkara yang tidak bermanfaat untuk diri dan negara.Aku kagum.Patutlah mereka maju.Perasaan ingin tahu dan mencuba sentiasa ada dalam diri mereka.Kita ? Entahlah satu persoalan yang rumit untuk dijawab.Tepuk dada tanyalah IMAN.kesimpulannya orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang bermanfaat untuk diri agama bangsa dan negara.

Feb 11, 2011

Cerita Seekor Tapir

Pagi tadi aku tergesa-gesa ke tempat kerja untuk mengambil barang yang tertinggal semalam..Di pertengahan jalan aku terserempak dengan bangkai seekor tapir sesat yang telah mati ,mungkin telah dilanggar kenderaan.Bertuahnya aku , dapat melihat seekor binatang liar.Tak perlu ke Zoo Negara untuk melihat haiwan tersebut.Aku bercadang untuk mengabadikan gambar tapir tersebut dalam SONY Ericsson Cyber-shot aku untuk dijadikan koleksi peribadi.Aku bercadang untuk mengambil gambar tapir tersebut dalam perjalanan pulang setelah selesai urusanku.Malangnya setelah 18 minit aku melalui kembali jalan tersebut , bangkai tapir itu telah tiada.Mungkin telah dilarikan Pak Belang yang sesekali muncul di waktu pagi terutama pada musim buah gugur.Kesilapan yang merugikan.Kenapa aku tidak terus mengambil foto haiwan itu semasa  melihatnya pertama  kali tadi.Kenapa aku bertangguh.Kembali bermuhasabah diri.Sebenarnya setiap peristiwa itu ada hikmahnya.Cuma manusia yang perlu menggunakan akalnya untuk berfikir dengan bijaksana. Pengajarannya, peluang itu adalah kesempatan yang perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.Peluang hanya datang sekali.Ketika kita memiliki peluang untuk melakukan sesuatu niat dan pekerjaan yang baik seharusnya gunakannya dengan sebaik mungkin.Kedua sifat bertangguh amat merugikan.Satu amalan yang sering kita lakukan.Peringatan untuk aku dan kita semua, jangan sia-siakan peluang yang kita masih ada untuk melakukan sesuatu yang berguna untuk diri  masyarakatdan agama.Manfaatkan untuk dunia dah akhirat.

Jan 25, 2011

Cerita Pokok Pukul Lima

Semalam aku singgah di taman rekreasi berhampiran rumah.Di situ terdapat sepohon pokok pukul lima yang telah berusia mungkin puluhan tahun yang masih bertahan.Sudah beratus kali aku mendongak ,melihat pokok yang masih segar menunjangi taman rekreasi tersebut.Sehinggalah suatu hari aku terjumpa info tentang pokok Pukul Lima di internet.Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu,termasuk aku tentang keunikan pokok tersebut.Nama pokok ini sebenarnya menggambarkan sifat dedaunnya yang akan menguncup pada waktu senja.Mungkin inilah punca pokok ini mendapat gelaran Pukul Lima.Ia boleh tumbuh setinggi 25 meter dan seluas 40 meter dari garis pusat.Apabila berbunga pokok ini diselaputi bebunga yang berwarna merah jambu dan putih seakan-akan berus.Sesungguhnya setiap kejadian itu ada tanda kebesaran Allah.Malangnya ramai daripada kita hanya sekadar menjadi pemerhati tanpa mempunyai rasa ingin tahu di sebalik sesuatu kejadian.Malang sungguh minda kita.Mungkin ini satu punca kita tak maju.Budaya mengkaji dan sifat ingin tahu tiada dalam diri.Berbeza dengan manusia di Barat yang sentiasa mempunyai budaya mengkaji menyebabkan hari ini mereka mengambil alih tamadun kegemilangan Islam masa silam.

Aug 9, 2007

Anjakan Paradigma

Bercakap tentang perubahan ...hari ni aku nak kongsi satu story....Suatu hari si suami yang baru berkahwin terlihat isterinya memotong daging dari sebelah tepi... sang laki pun tanya..awat hang buat lagu tu..(kenapa kau buat macam tu)...dah mak I buat macam ni..I pun ikut la...sang laki masih tak puas hati dengan jawapan bininya....suatu hari yang lain...kebetulan sang suami ternampak mak mertuanya juga memotong daging dari sebelah tepi...sang menantu pun tanya...pasai pa mak potong daging dari sebelah tepi...jawab mak mertuanya selamba...dah Tok(nenek) hang buat macam tu...mak pun ikut la....apa kesudahanya lain kali..aku sambung ....

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.