Showing posts with label Report. Show all posts
Showing posts with label Report. Show all posts

Mar 31, 2015

Kalau Passport Antarabangsa Hilang

Apa yang perlu anda buat kalau passport antarabangsa anda hilang di rumah , atau tercicir  (dalam Malaysia) setelah anda cari di merata tempat tidak berjumpa juga..Jangan panik.Bawa bertenang.
Langkah 1 :
1. Sila ke mana-mana balai polis untuk buat laporan kehilangan passport berkenaan.Maklumkan bila hilang  dan bagaimana boleh hilang.
2. Dapatkan salinan report polis - (Bayaran -RM2.00)

Langkah 2
3. Selepas selesai buat laporan polis , terus ke Pejabat Imigresen.Sebelum anda ke Pejabat Imigresen pastikan anda membawa :
3.1 Dua salinan Kad Pengenalan
3.2 Dua salinan Sijil Kelahiran /Borang W (jika lahir di luar negara)

Sekiranya Surat Beranak@Sijil kelahiran anda hilang , sila berurusan di Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.Isi borang permohonan Cabutan No Surat Beranak.(Bayaran yang dikenakan sebanyak RM5.00) 

Saya cadangkan anda berurusan di UTC (Urban Transformation Centre) kerana di situ anda boleh berurusan dengan mudah , cepat dan menjimatkan masa sebab semua agensi berkaitan berada dalam satu bumbung (Itu kelebihan UTC)

4.Maklumkan kepada Pegawai Imigresen tentang kehilangan passport anda :
5.Setelah itu anda akan diberi :
5.1  Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97) - Perlu diisi
5.2  Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42C), bagi kes hilang.Setelah selesai diisi anda perlu ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk menandatangani  akuan sumpah pada bahagian akhir borang tersebut .Kalau Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf kerajaan(swasta) , anda dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.

6. Setelah dokumen tadi selesai diisi , sila serahkan kepada Pegawai Imigresen bertugas.Pegawai tersebut akan memaklumkan keputusan kelulusan pembaharuan  pasport anda dalam tempoh jangka masa 3 hingga 5 hari bekerja.

Sehingga artikel ini ditulis...saya masih menunggu panggilan daripada pihak imigresen.Moralnya pastikan pasport anda dijaga dengan baik.


Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.