Showing posts with label Pengguna Bijak. Show all posts
Showing posts with label Pengguna Bijak. Show all posts

Nov 27, 2010

RE: YOU HAVE WON $900, 000.00 US DOLLARS

 

Pernah tak anda menerima e-mail seperti ini ? Kalau pernah abaikan  atau DELETE sahaja. Ini satu lagi bentuk penipuan yang seolah-olah tiada penghujungnya.kalau dalam kotak e-mail aku bersepah-sepah dengan e-mail sebegini.Jangan haraplah orang nak bagi duit kita dengan cara yang paling mudah.

Aug 7, 2010

Hati-hati beli barangan promosi 'Jualan Murah'



BERA 7 Ogos - Orang ramai diingatkan berhati-hati semasa membeli barangan pada promosi 'Jualan Murah' bersempena Aidifitri bagi mengelak daripada ditipu peniaga yang menjual barangan berkenaan pada harga lama dan bukannya pada harga diskaun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai yang merasakan mereka ditipu boleh membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa kementerian berhampiran ataupun menghubungi hot line kementerian 1300–888-255.

"Kementerian baru-baru ini telah mengeluarkan arahan bahawa peniaga atau pekedai yang hendak mengadakan jualan murah perlu mengemukakan semua senarai barang termasuk harga asal dan yang baru bagi membolehkan kelulusan diberikan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Bera di pekan Kerayong di sini, hari ini.

Beliau berkata, peniaga atau pekedai yang melakukan penipuan di bawah Skim Jualan Murah boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi peniaga persendirian, denda RM250,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk syarikat. - Bernama

Sumber : Utusan Online

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.