Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Sep 28, 2012

Shila Amzah Asian Wave 2012

Kredit  dan tahniah untuk Shila Amzah.Anda berjaya mengharumkan nama Malaysia.

May 28, 2011

Kiroro-Mirae

Tahukah anda maksud lagu Kiroro -Mirae.Sebenarnya lagu ini merupakan sebuah lagu tentang perjuangan untuk hidup


 
Maksud lagu kiroro-mirae

Lagu:miraie
Japanese version:

Chorus:

hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
Verse 1:
haha ga kureta
takusan no yasashisa
ai wo idaite ayume to kurikaeshita
ano toki wa mada osanakute
imi nado shiranai
sonna watashi no te wo nigiri
issho ni ayundekita
Verse 2:
yume wa itsumo
sora takaku aru kara
todokanakute kowai ne
dakedo oitsuzukeru no
Verse 3:
jibun no SUTOORII dakara koso
akirametakunai
fuan ni naru to te wo nigiri
issho ni ayundekita
Break:
sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
hanareta haha e sunao ni narezu…
*ulang chorus dan break*
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
ending:
mirai e mukatte
yukkuri to aruite yukoo
Terjemahan nya:
Lihatlah langkah anda,
Inilah jalan yang anda lalui,
Lihatlah,apa yang berlaku kelak,
Itulah masa depan anda.
Ibuku banyak berikan tunjukajar,
"Pelukan sayang dan majulah" ulanginya
Akan tetapi ketika itu aku masih kecil dan x
mengerti apa yang diucapkan,
Namun,dia tetap berikanku inspirasi,
Bersama2,aku peroleh kejayaan.
Keindahan mimpi datangnya dari langit yang tinggi,
Namun begitu,ia seolah2 lumpuhkan semangatku
sehingga aku mungkin tidak dapat kecapinya,
Dengan semangat yang ada,aku cuba
mencapainya dan aku tidak akan putus asa,
Namun,dia tetap berikanku inspirasi,
Bersama2,aku peroleh kejayaan.
Namun,semangat itu mula menghilang,
Kerana ibu meninggalkan aku dan ia adalah takdir
yang x dapat aku terima…
Bersabarlah,
ketika menuju masa akan datang…
P/s:
Kesimpulannya,kita perlulah berusaha untuk
mencapai kehidupan akan datang yang
bahagia.Kita jgn mudah berputus asa dengan
kegagalan sekarang.Ambillah ia sebagai satu
pengajaran untuk perbaiki diri dan kita x boleh juga
berbangga dengan kejayaan kita sekarang.Kita
juga perlu lebih baik dari ape yang ada
sekarang….Tanpa bantuan tunjukajar dan
semangat juga kita tidak dpt mencapai apa yang
diimpikan selama ini…….Oleh itu,marilah kita
majukan diri dan usaha yang kuat untuk menuju
kejayaan dunia dan akhirat.Bersusah2 dulu,baru
bersenang lenang……….."

Sumber : mybyon blog


Jan 20, 2011

The House Of Rising Sun

Lagu favourite aku masa zaman budak-budak dulu..

Dec 21, 2010

Justin Beiber

Nama Justin Bieber penyanyi muda remaja ini juga merupakan antara 10 individu yang dicari dalam Google Search Malaysia.Dia menduduki tempat kedua di belakang Maher Zain.Mungkin sebab lagunya tengah meletup dalam kalangan remaja Malaysia.


Nov 28, 2010

Andai Dapat Kuundurkan Masa



Lagu ni lagu jiwang...yang minat layan saja...lagu ni dapat 1juta viewer  kat Youtube..

Sep 15, 2010

Apa Khabar YB & Diari YB

Lagu dari Allahyarham Cikgu Naim dan ND Lala buat semua YB...




Jul 24, 2010

Sudirman

Allahyarham merupakan penyanyi yang mempunyai kelas tersendiri.The Singing Lawyer.Tiada pengganti sehingga kini.Mampu memukau semua peminat pelbagai bangsa dan keturunan.












May 31, 2010

lagu kau Pergi

Entri aku kali ni berkaitan perkataan PERGI.Banyak lagu yang bertajuk Pergi...Antaranya...











Apr 22, 2010

Rock Dulu-Dulu

Sesiapa yang pernah membesar tahun 80an dan 90an mesti anda ingat lagu-lagu ni.Jom layan.






Apr 19, 2010

Jom layan Selamat Malam -Faizal Tahir



Download Lirik Lagu Selamat Malam di Download-percuma.blogspot.com

Mar 13, 2010

Anda Membesar Tahun 1980an

Anda membesar tahun 1980an? Kali ini aku nak mengajak anda mengimbau lagu kenangan masa kita semua di bangku sekolah rendah dan menengah tahun 1980an.Antaranya Mr Dwen.Lagu ni cukup popular masa tu.




Malek Reduan pun sama..




Nassier Wahab




Ibnor Riza




Shidee










Khairol Idlan




Razis Ismail




Rusty Blade




Dahlan Zainuddin




Jay-Jay & Dayang Ku Intan



Elton John
 

 
Ni hanya sebahagian dari lagu yang popular masa tu.Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang upload lagu ni di YOUTUBE.

Mar 4, 2010

Yuna Dan Sebenarnya

Lagu ni best dan  simple.Tahniah Yuna.




Demi Masa - Raihan




Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah…

( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…

( ulang korus1, korus2 )


Masa adalah anugerah Allah kepada semua manusia. Masa bererti peluang buat kita semua. Nilai masa pada orang Melayu lebih dari emas. Orang Arab pula menganggap masa dan manusia seperti dua musuh yang berlawanan; si bijak akan menundukkan masa, yang tidak bijak akan dikalahkan oleh masa. Masa tidak akan kembali. Ia akan terus berjalan samada kita mahu atau tidak. Ia cukup bernilai. Yang telah lepas akan hanya tinggal kenangan. Yang akan datang belum tentu menjadi milik kita Yang kita miliki hanyalah saat ini.
Allah bersumpah dengan masa dalam banyak ayat di dalam al-Quran. ‘Demi masa’. ‘Demi waktu Fajar’. ‘Demi 10 malam’. ‘Demi waktu Dhuha’. ‘Demi malam ketika ia tiba’. ‘Demi siang ketika ia menjelma’.  
Lima perkara yang sepatutnya direbut oleh manusia; semuanya berkait dengan masa. Masa hidup sebelum mati. Masa kaya sebelum masa miskin. Masa lapang sebelum masa sibuk. Masa muda sebelum masa tua. Masa sihat sebelum masa sakit.
Begitulah sebenarnya nilai masa pada manusia.
Kita akan makin sibuk dari hari ke hari. Tanggungjawab akan semakin besar. Kerja akan bertambah. Cabaran dalam kehidupan akan meningkat. Dulu kita ada masa untuk berbual panjang; sekarang nak bincang kena mencuri-curi masa. Dulu kita boleh makan-makan dan jalan-jalan; sekarang makan dan jalan di tempat yang kita kena buat kerja sahaja. Tengah-tengah suasana sibuk itu juga kadang-kadang kita jatuh sakit. Tengah-tengah sibuk itu kadang-kadang kita ada masalah-masalah yang kecil. Susahnya nak cari pembantu masa tu. Ada yang tak dapat membantu sebab dia pun tak cukup masa. Tapi tak kurang juga yang tidak boleh membantu sebab dia tak reti guna masa. Dakwa sibuk, masa lapang sebenarnya bersepah-sepah. Tidur sampai berjam-jam sehari. Menung pun panjang. Melayan hobi sendiri bukan main lama. Kerja bagi tak siap-siap.
Hasan al-Banna mewasiatkan agar kita nasihat menasihati satu dengan yang lain dalam masalah masa. Katanya: “Kewajipan lebih banyak dari masa. Bantulah orang lain agar mereka memanfaatkan masa mereka. Jika kamu ada urusan (peribadi) lakukanlah dengan ringkas.”
Sememangnya kita perlu kepada nasihat ini. Kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita tak gunakan masa kita secara maksima. Lepas beberapa hari, rupanya banyak kerja tertangguh. Sebab tertangguh, tanpa sebab! Puncanya kerana kita tak hargai masa. Kita rasa ada masa lagi, rupanya dah tak ada masa. Kalaulah masa tu macam kredit telefon kita, tentu kita lokek untuk membazirkannya macam kita kedekut nak bagi orang lain pinjam telefon kita. Tapi oleh kerana masa tak macam tu, mungkin kita tak terasa sangat kehilangannya.
Kita kadang-kadang tak sedar yang kerja kita ni ditanggung oleh orang lain sebab kita tak selesaikannya. Ada orang yang dah terbeban dengan satu bebanan di luar dari batas perikemanusiaan kerana menanggung kerja-kerja orang lain yang tak siap-siap. Kita buat selamba je. Lepas tu boleh nasihatkan lagi kawan kita supaya taubat dan bersabar. Janganlah macam tu. Rahmatlah sikit kat orang lain.
Cuba kita bayangkan kalau semua dari kita jaga masanya dengan baik dan isi dengan tugasan-tugasan yang diberikan …. alangkah indahnya dunia ni. Beban makin berat jadi kita kena bersedia. Cabaran makin besar maka kita kena sempitkan masa untuk urusan peribadi dan berikan masa kepada amal-amal kita.
Berilah masa nilainya yang hakiki.


Lagu Aku Bukan Superman

Kenapa kanak-kanak suka lagu ni..???

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.