Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Jul 27, 2010

Komputer Riba Termurah Di Dunia




Komputer riba India RM112.12
Berita Harian 25 Julai 2010
 
NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12). Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.
 
“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.
 
Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap pengguna.
 
Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga AS$10 (RM32.04).
 
Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.
India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya.
 
Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan mencukupi. – Reuters
 

Jan 22, 2010

Broadband Atau Streamyx

Aku dapat sumber ni daripada Waidakmy .Aku pun keliru juga apa tu broadband .Apa tu Streamyx.Sebenarnya streamyx, celcom broadband, maxis broadband..semua dalam kategori broadband juga...broadband ni maksudnya jalur lebar atau disinonimkan dengan "high speed internet access" (mungkin ada yang tak bersetuju, tapi ini perbandingan antara teknologi sebelum ni, iaitu dial-up)

apa yang berbeza, streamyx guna cable, celcom+maxis guna teknologi telefon (kalau nak cerita detail panjang lebar la plak nanti hehe)..

in short, ketiga-tiga ni sama je..semuanya broadband

so streamyx, celcom broadband dan maxis broadband tu jenama/nama utk teknologi broadband kat malaysia..

cumanya orang dah biasa..bila sebut broadband, automatik terbayang celcom dan maxis broadband tu..


Jan 8, 2010

Blog Komputer Bahasa Melayu

Anda tercari-cari maklumat tentang komputer dan dunia IT. Banyak laman web dan blog tentang dunia komputer dalam Bahasa Inggeris.Malangnya majoriti daripada kita kurang fasih berbahasa Inggeris.Sudah lumrah sebab kita orang Melayu , orang Malaysia ,kita bukan Mat Salleh...walau apa bahasa pun kalau ia memberi manfaat kepada kita..teruskan menggali ilmu..tidak kira dari bahasa negara dan bangsa mana.Jangan bimbang kalau anda tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris .Banyak blog tentang dunia komputer dalam Bahasa Melayu. Kalau anda tercari-cari blog komputer Berbahasa Melayu di sini aku nak senaraikan blog tentang IT yang boleh kita kongsi bersama.Antaranya Sembang Komputer.com    yang diketuai MK.Selain tu InfoMalaya.com yang lebih berkonsepkan pembangunan web cukup menarik untuk anda layari.Di samping tu amanz.my juga tak kurang hebatnya.Kalau anda nak berita terbaru tentang teknologi IT selalulah layari blog beliau.Seterusnya blog  adamasalahbarunakcari.blogspot juga cukup sesuai untuk anda yang tercari-cari masalah teknikal tentang dunia komputer.Namun begitu blog Melayubuntu juga amat menarik untuk anda yang ingin tahu tentang Ubuntu dan open source(Perisian terbuka).Buat anda yang teruja dengan bahan grafik jom layari blog sifoo .Pelbagai tutorial tentang photoshop yang boleh anda pelajari di sini.Seterusnya buat anda yang tergila-gilakan PHPnuke jom layari blog php.com yang ditulis oleh Eins dan cyberflY. Kepada blogger yang menggunakan blogspot , anda boleh layari blog dilarangmelarang.com dan Sederhana itu Indah oleh ady syam.Khusus buat kaum hawa dan semua , blog waidakmy  cukup hebat untuk wanita dan lelaki yang fobia dengan komputer.Selain tu Eriyza.via.my  juga cukup menarik untuk anda layari. Lagi senarai blog di bawah :
  1. killvearn.com
  2. Baikipc.Wdpress
  3. MywindowXP.com
  4. hardyw3b.com
  5. cekapkomputer.blogspot
  6. kedaigambarku
  7. techit.com
  8. kongsiblog
  9. anjungpc
Senarai blog ni cukup untuk anda menambahkan ilmu tentang dunia blog dan IT.

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.