Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Aug 4, 2010

Misteri kematian bekas ADUN, janda

Oleh ATIKAH DALI

ANGGOTA polis mengangkat salah seorang mangsa yang ditemui mati dalam kereta di Sungai Buloh semalam.


SUNGAI BULOH - Sepasukan polis trafik semalam menyangka kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Toyota Caldina berwarna putih dinaiki dua individu yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Sungai Buloh sebagai kemalangan biasa.

Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset apabila mendapati bukan sahaja mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 11 pagi itu sebagai orang penting, malah dipercayai terdapat unsur jenayah apabila melibatkan senjata api.

Sehubungan itu, ia ibarat misteri yang menyelubungi kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, apabila terdapat kesan tembakan di kepala masing-masing.
Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai ADUN Permatang bagi tempoh 2004 hingga 2008 dan kini memegang jawatan sebagai bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor. 

Siti Rohana yang merupakan janda anak empat menetap di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang pula merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Dia juga dikatakan seorang ahli perniagaan di kawasan tersebut.

Sumber : Kosmo Online
Baca lagi di blog darisungaiderhaka

Jul 28, 2010

SMS Palsu Dan Tipu

Mungkin anda pernah menerima SMS seperti disenaraikan di bawah. Antaranya ialah:



  • Dear valued customer. RM70 will be credited into your account. To activate type 7 and send to 10133440257. TQ




  • TAHNIAH! ANDA TERPILIH UTK MENERIMA RM50 KREDIT PANGGILAN PERCUMA DARI "CELCOM" SEMPENA (ULANG TAHUN') SILA TAIP; 10 & HANTAR KE; 10199580629 (PERCUMA) TQ.




  • Penambahan baki akaun **** Mid Prepaid anda sebanyak RM5 akan diaktifkan akaun anda, dail 0193000910 atau taip 5 SEND ke 10199993064.TQ.




  • Anda mempunyai 9 pesanan suara. Untuk mendengar mesej bersuara ini sila taip 9 dan hantar ke 10132454709.
    Senarai terbabit antara SMS yang tidak sah dan cuba mengaburi mata pengguna untuk membalasnya.


    Malah, terdapat pengguna kehilangan kredit prabayar sebaik membalas SMS yang diterima mereka.


    Salah satu teknik penipuan SMS dilakukan menerusi taktik 'hoax' yang mana penghantar SMS dengan sengaja menipu penerima agar percaya kepada sesuatu yang nyata padahal sebenarnya ia hanya khayalan semata-mata.


    SMS hoax dilakukan menggunakan mesej sebenar, tetapi menipu dalam konteks atau perkataan yang dimuatkan dalam SMS terbabit.


    Contohnya, pengguna akan menerima SMS yang meminta mereka menghantar maklumat kepada 10 orang lain bagi menerima ganjaran tertentu yang langsung tidak wujud.


    Masalah penipuan SMS melalui taktik hoax tidak tertumpu di negara ini semata-mata, malah ia tersebar meluas di seluruh dunia terutama selepas peningkatan penggunaan telefon bimbit di kalangan masyarakat.Baca lanjut di Harian Metro.



    Sumber :Harian Metro



  • Jul 16, 2010

    Macam-Macam

    Kalau anda baca kosmo hari ni macam-macam hal orang cari jalan nak kaya cepat.Anda baca berita penuh kat bawah yang aku petik dari Kosmo Online.

    SERDANG - Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang tertera nama 'D.Y.M.M Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M Raja Tuah Shah' yang dipercayai digunakan untuk menarik rakyat asing melabur dalam satu perniagaan hartanah global yang dilancarkan di Bandar Puteri, Puchong dekat sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, kereta itu dirampas pukul 1.30 petang ketika ia diletakkan di tempat letak kereta di sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat tempat berlangsungnya majlis perasmian bangunan syarikat tersebut.

    "Semasa diperiksa kereta itu tiada cukai jalan, menggunakan nombor pendaftaran palsu. Siasatan mendapati kenderaan itu disewa dari sebuah kedai kereta terpakai," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
    Difahamkan, kereta itu disewa dengan harga lebih RM600 sehari termasuk bayaran perkhidmatan seorang pemandu.

    Menurut beliau, kereta itu dipercayai digunakan oleh syarikat tersebut sebagai gimik bahawa syarikat itu benar-benar berjaya dalam bisnes dan disokong oleh kerabat diraja Kesultanan Melaka.
    Nama Raja Noor Jan mula menjadi sebutan pada tahun 2006 apabila dia muncul menuntut takhta Kesultanan Melaka. Raja Noor Jan mendakwa dia adalah pewaris sah Raja Alang Abdul Rahman yang merupakan anakanda Sultan Abdullah Mohammad 1, Sultan Perak ke-22. 
    Mengulas lanjut, Abd. Razak berkata, selain kereta itu polis turut menahan tiga lelaki termasuk pemandu kereta itu.

    "Pemandu kereta itu merupakan pekerja kedai kereta terpakai tempat kereta itu disewa dan dia yang berusia 35 tahun didapati positif mengambil dadah syabu," kata beliau.
    Dua lagi lelaki yang ditahan dipercayai menjadi penganjur majlis perasmian bangunan itu

    Jul 14, 2010

    Geng Halimunan Warga Timur Tengah Aktif Curi Beg

    Hari ni aku terbaca satu berita dalam Harian Metro pasal geng halimunan dari Timur Tengah.Kepada semua warga Malaysia , hati-hati kerana pihak polis kini berjaya mengesan kemunculan satu geng penjenayah ‘halimunan’ di kalangan warga Timur Tengah yang aktif mencuri beg tangan puluhan pelancong asing menggunakan taktik menukarkan beg mangsa dengan beg palsu yang dibawa bagi mengaburi kegiatan mereka.

    May 15, 2010

    Bawa Mayat Jalan-Jalan

    CLEVELAND: Mayat seorang wanita dibawa sekitar Cleveland selepas perompak melarikan kereta mayat dari Rumah Mayat Greenfield, semalam.
    Mereka kemudian meninggalkan nota dalam kereta itu untuk memudahkan polis menemui mayat wanita itu yang ditinggalkan dalam satu beg mayat di satu simpang jalan.

    Pengarah Pengkebumian Greenfield, Jim Murphy meminta maaf dan memberi jaminan mayat itu tidak diapa-apakan. - Agensi 

    Nov 23, 2009

    Amah Rogol 7 Budak Lelaki

    Topik aku hari tentang seorang amah yang bernafsu gila.
    Entah apa dah nak jadi dengan dunia hari ini..
    semuanya tunggang terbalik...lelaki nak jadi perempuan (mak nyah) ...
    perempuan nak jadi lelaki(tomboy..dll)..lelaki bernafsu buas tu berita yang biasa kita dengar tapi yang ni unik lain dari biasa dan sememangnya luar biasa ...berita ni aku petik dari Kosmo online .Kejadian ni berlaku di FORSTER - Tujuh budak lelaki di sebuah sekolah swasta paling eksklusif di New South Wales, Australia mendakwa dirogol oleh seorang amah di asrama, lapor sebuah akhbar semalam.

    Mangsa memberitahu polis, kejadian itu berlaku antara Februari hingga Jun lalu di kawasan sekolah namun identiti suspek berusia 40 tahun dan nama sekolah dirahsiakan bagi melindungi mereka.

    GAMBAR menunjukkan wajah seorang amah yang didakwa merogol tujuh budak lelaki.

    Wanita itu mula ditahan pada Ogos lalu ekoran menyerang seorang budak lelaki tetapi kemudian didakwa memperkosa enam lagi pelajar selepas polis melakukan siasatan lanjut.

    Dia dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini, 308 kilometer dari Sydney pada minggu lalu untuk didakwa melakukan serangan seksual dengan pelajar terbabit.

    Pendedahan kes itu mengejutkan sekolah elit itu yang banyak mengeluarkan ramai tokoh politik tempatan, ahli sukan ternama dan individu berpengaruh Australia serta di peringkat antarabangsa.

    Suspek itu berkhidmat umpama seorang ibu yang penyayang.

    Dia bertugas mengemas katil dan uniform sekolah malah menetap di sebuah flat dekat asrama pelajar tersebut.

    Namun dia menyerah diri kepada pihak polis selepas dibuang kerja berikutan kes itu.

    Wanita itu kini dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri kepada polis tiga kali seminggu. - Agensi
    sumber : Kosmo.my

    Jul 25, 2009

    MLM lagi

     

     

    Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

     

    Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
    Serbuan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya telah dibuat di premis syarikat di Kuala Lumpur berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

    Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

    Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia

    Anda Mungkin Meminati

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    MY FrieNDs...

    SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

    Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.