Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

May 20, 2017

Mempelam Harumanis Perlis

Image result for harumanis perlis
Fakta

1.Sejenis buah yang popular.
2.Hanya terdapat di Perlis.
3.Dijual pada harga RM36 hingga RM40 sekilogram.
4.Musim pengeluaran buah adalah antara bulan April hingga Jun.
5.Musim buah cuma sekali setahun.

Info lanjut berkaitan buah mempelam Harumanis di http://Jabatan pertanian Perlis

Apr 24, 2017

Tiket Kereta api online KTMB

Anda nak tempah tiket kereta api ke mana-mana destinasi.
Sila ke pautan e tiket KTMB

Mar 5, 2017

Perkataan Inggeris Yang dicedok dari Bahasa Melayu

Amok = amuk

merujuk kepada tindakan liar yang tidak mampu dikawal emosi.

“Amuk,” seperti latah, sering dianggap gejala khusus masyarakat sebelah sini. Menurut kamus Oxford, “amok” awalnya digunakan bagi menggambarkan orang Melayu yang melakukan pembunuhan kejam. Ia dipercayai dipakai mulai pertengahan abad ke-17. 

Dec 27, 2016

6 Kelebihan Gmail.come

6 Kelebihan Gmail:
1- Kurang email SPAM (Emel tidak dikenali).
2- Ruangan simpanan yang besar sehingga 15 GB.
3- Keselamatan tinggi.
4- Mudah untuk susun email-email dalam akaun.
5- Ada theme yang banyak dan cantik.
6- Kalau anda mempunyai akaun Gmail bermakna anda hampir boleh guna semua produk google termasuk Youtube, Play Store, Maps, blogger, Google+ dll.

Dec 25, 2016

Snopes.com

Anda inginkan berita-berita pelik dan unik.Snopes.com mungkin ada jawapannya.Laman web yang menyajikan peristiwa unik dan ganjil  mungkin boleh menambah koleksi pengetahuan anda.Catatan terbaru laman web snopes.com tentang daerah Ain Sefra, di gurun sahara yang diliputi salji selama 1jam sebelum cair.

Dec 10, 2016

Tahniah buat Harith Iskander 2016 Funniest Person in the World.

Tahniah buat Harith Iskander dinobatkan sebagai manusia paling kelakar di dunia.Facebook Laugh Factory mengumumkan beliau sebagai 2016 Funniest Person in the World.
Foto :Malaysiakini.com

Sudah lama aku meminati lawak beliau.Lawaknya yang lucu tetapi mencabar minda , sinis dan sarat dengan idea yang intelektual,menyentuh isu semasa dan kontemporari.Itu kelebihan yang ada pada beliau.

Nov 1, 2016

Takwim Sekolah 2017 dan Cuti Umum 2017

Bagi anda yang sedang membuat perancangan tahun 2017,anda boleh dapatkan Takwim Persekolahan 2017 melalui  Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia DI SINI  atau Kalendar Cuti Umum di MYrakan.com

Oct 30, 2016

Cerita Buka Kasut

Hasil carian imej untuk kamitakami elementary schoolBeberapa tahun yang lalu, saya dan beberapa orang rakan mengunjungi negara matahari terbit.Kami sempat melawat ke 2 buah sekolah rendah di negeri Nagoya.Ketika melangkah masuk ke kelas Gred 3, saya diminta menanggalkan kasut dan diberi sandal khas.Kami memasuki bilik darjah yang cukup bersih dan selesa.Murid boleh duduk sambil berbaring kerana lantainya yang bersih.Saya bertanyakan guru di situ.Mereka memberitahu memang itu budaya sekolah di sini.Amalan mementingkan kebersihan sudah diterapkan sejak di bangku sekolah.Benarlah pandangan sesetengah pihak betapa amalan menjaga kebersihan yang merupakan salah satu ajaran Islam itu hidup di negeri bukan Islam.Moralnya amalan menjaga kebersihan sudah ada dalam ajaran islam tetapi berapa ramai umat Islam yang mengamalkannya.

Oct 28, 2016

Imuniti Ahli Parlimen Ada Sekatan

Imuniti ahli Parlimen ada sekatan


KUALA LUMPUR 13 Mac – Imuniti atau keistimewaan yang diberi kepada seseorang ahli Parlimen di bawah Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak sebaliknya mempunyai sekatan tertentu.
Peguam terkemuka, Datuk Salehuddin Saidin (gambar) berkata, berdasarkan Artikel 63 (4) Perlembagaan yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang dicakapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara.
Katanya, empat perkara tersebut ialah berhubung Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu, Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Artikel 181 tentang raja-raja Melayu dan keempat, perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.
‘‘Maknanya jika yang dibangkitkan Ahli Parlimen itu menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka mereka boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen.
‘‘Ini juga selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4),’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) diperintahkan keluar dewan oleh Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee setelah beliau menimbulkan suasana tegang apabila mempersoalkan sistem keadilan dalam pendakwaan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Ronald kemudian mengarahkannya berhenti daripada membangkitkan perkara tersebut berikutan kes berkenaan sedang dalam perbicaraan mahkamah namun Gobind terus berdegil.
Dalam keadaan marah dan tidak puas hati, Gobind kemudian keluar Dewan sambil diiringi bentara dan apabila ditemui pemberita kemudiannya, beliau yang diminta mengulangi tuduhan yang dibuat sebelum itu di luar Dewan berkata;
‘‘Saya tidak mahu ulang kerana dalam Dewan saya dilindungi oleh kekebalan Ahli Dewan,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam.
Dalam pada itu, Salehuddin berkata, Ahli Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara mesti memastikan setiap perkataan yang dituturkan adalah berpandukan pada Artikel 63 (4) yang ada sekatan.
Kata beliau, malah jika dilihat pada Akta Hasutan, ruang lingkup pada akta tersebut adalah luas termasuk pada perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat berhubung penentangan terhadap raja-raja atau kerajaan.
‘‘Selain itu, kenyataan yang membangkitkan perasaan saling membenci antara kaum serta kenyataan yang menimbulkan rasa kemarahan atau tidak puas hati pada sistem keadilan negara juga adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan,’’ jelasnya.
Justeru, beliau berkata, apabila sistem keadilan negara dipersoalkan di Parlimen baru-baru ini hingga membawa rasa tidak puas hati, maka apa yang dibangkitkan itu adalah tergolong pada maksud hasutan di bawah akta berkenaan.
Katanya, ia seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan yang kesalahannya dinyatakan di bawah seksyen 4 dengan hukuman yang diperuntukkan ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.



Artikel Penuh: Utusan Online

Oct 21, 2016

Berapa Harga Passport Malaysia

Berita baik buat warganegara Malaysia yang ingin memperbaharui atau membuat permohonan baru , kadar harga terkini permohonan passport yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia ialah RM200 bagi tempoh 5 tahun.Kadar baru ini melibatkan pengurangan kos sebanyak RM100 berbanding sebelum ini sebanyak RM300 untuk tempoh 5 tahun.

Maklumat lanjut anda layari portal Jabatan Imigresen Malaysia


Bagaimana sekiranya Passport anda hilang ?

Dapat Kerja Baru

Semalam anda menerima tawaran kerja baru dari syarikat lain.Mereka menawarkan gaji dan insentif yang lebih menarik.Ingin menerima tawaran barharu.Berhenti kerja di syarikat lama.Dapatkan contoh Notis Peletakan Jawatan  DI SINI

Oct 2, 2016

Pokok Halau Nyamuk

Banyak pokok bunga yang berkesan untuk menghalau nyamuk.Antaranya pokok bunga Marigold atau Emas Mary.Orang Melayu memanggilnya Pokok Bunga Tahi Ayam..Baunya yang kuat amat tidak digemari serangga termasuklah nyamuk.



Kelebihan :

1.Menghalau serangga makhluk perosak(Ulat,lalat buah,lalat putih,Bena dan belalang) sekiranya ditanam berdekatan pokok sayuran 

2.Akarnya pula dapat menghalang serangan cacing perosak(nematod)

Pautan lain 




Sep 24, 2016

Permohanan ke Sekolah Kawalan , SBP dan MRSM

Berikut tarikh permohonan secara ONLINE bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan tahun 2017..

1) Sekolah Kawalan {Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) & Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)}, Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

👉🏼 1 - 30 September 2016

👉🏼 Untuk permohonan, sila layari


2) Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

👉🏼 15 Oktober - 15 November 2016
      (Tingkatan 1)
👉🏼 1 - 30 Disember 2016
      (Tingkatan 4)
👉🏼 Butir permohonan akan diberitahu 
      kemudian..

3) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
👉🏼 13 September - 21 Oktober 2016
      (Tingkatan 1 dan 4)
👉🏼 Untuk permohonan, sila layari

Sep 17, 2016

Gunung Tahan dalam Street View Google

Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, (2187 Meter atau 7174 kaki), terletak dalam Taman Negara Pahang, bersempadan dengan negeri kelantan kini boleh dilihat melalui aplikasi Google Street View 

Saksikan panorama Gunung Tahan.

Klik Pautan  Google Street View


Aug 10, 2016

CONTOH SURAT NOTIS PELETAKAN JAWATAN

Murad  Bin Mohamad,
No 9072-A,  
Kampung Nyior melambai,
23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
___________________________________________________________
Pengurus ,
Syarikat IZZUDIN  SDN BHD,
No 20B Maju  Floor,
(Kuantan Avenue)
Jalan Beserah,
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.                                                                   10 Ogos  2016

Tuan, 

PELETAKAN JAWATAN 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Murad  bin Mohamad bertugas sebagai Pengawal Keselamatan ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang peletakan jawatan saya mulai 11 Ogos 2016.

2.         Untuk makluman pihak puan, tujuan peletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru sebagai Pengawal Keselamatan di syarikat lain. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama.

3.         Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.

Sekian terima kasih. 


Yang benar, 


………………………………
( MURAD BIN  MOHAMAD )
Pengawal Keselamatan,
Syarikat iZUDDIN SDN BHD,




May 30, 2016

Bayar Bil Astro



Anda tak sempat nak bayar bil U Mobile, Astro dan Telekom Malaysia.Jangan lupa 7 Eleven kini menawarkan perkhidmatan bayaran bil 24 jam.

Mar 4, 2016

Tak Boleh Login Nuffnang



Pernah tak baru-baru ni anda menghadapi problem untuk login Nuffnang guna Google Chrome ? Dah 2 3 kali cuba login, tapi tak boleh.Caranya cukup mudah pergi ke Setting - More Tools - Clear Cookies and other site and plugin data - klik clear browsing data. Selesai



Feb 26, 2016

Skim Cepat Kaya Dan Peringatan Bank Negara




Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan senarai entiti dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan

Feb 5, 2016

Apa itu Merkuri (Siri 1)

Apa itu merkuri ?

Merkuri atau raksa merupakan satu-satunya logam berat berwarna

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.