Showing posts with label In My Mind. Show all posts
Showing posts with label In My Mind. Show all posts

Jul 17, 2009

Adakah Anda Kanak-Kanak Generasi 80an?


In My Mind

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1970-1983..
MESTI KORANG INGAT NI


Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk,
Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles,
Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo
atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 ringgit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni,
'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih
exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skolah tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi
makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color
tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...hehehe



In My Mind

May 6, 2009

Cg Z

Nov 8, 2008

Barack Obama

Obama Now We Can

Dua tiga hari ni orang dok sibuk cakap pasai Presiden US yang baru.Mungkin semua orang atas planet ni harapkan Obama bawa perubahan kot.tapi yang aku nak ingatkan di sini..Mamat Obama tu bukannya kulit hitam betui.Dia tu budak kacukan la...pandai-pandai hampa kata mamat kulit hitam pertama la jadi presiden Amerika.Dengaq ni aku nak habaq kalau Obama tu betui2 kulit hitam tobat lahum(kata org Kedah) Obama boleh menang.hampa ingat senang ka Mat leh nak bagi can kat bangsa lain atas planet ni jadi presiden depa.pirrah...Apa-apa pun perubahan dah berlaku.Istimewanya Obama ni..dia pernah membesar di Indonesia..pernah dibesarkan dalam pendidikan Islam tapi dia sendiri dah murtad..boleh cakap Indonesia ...yang penting sekali..dia seorang Presiden yang boleh memahami nilai2 Asia...senang cakap ....budaya orang Timur la...Dia memang ada karisma..petah berpidato dan berwawasan..tapi awas..pelobi yahudi dok belakang...cam na dia nak buat..kita tungguuuuuuuuuuuu.............

in my mind

Jun 10, 2008

Pasang NGV

nak pasang NGV... tetapi macam-macam saya fikir@#$%&* di otak saya. Contohnya:-

1. Station NGV tak cukup?
2. Adakah Kos pemasangan NGV itu berpatutan?
3. Adakah pemasangan NGV itu selamat?
4. Ruang simpan barang sempit setelah pasang NGV?
5. Berapakah Kos senggaran NGV?
6. Adakah NGV Service Centre yang dilantik itu adalah berkemahiran?
6. Apakah jaminan & faedah pasang NGV?
7. Adakah harga NGV tidak akan naik....?????????

Mobile Invest

Jangan mudah terpedaya dengan bisnes berasaskan ICT yang sedang giat diiklankan . Mereka cuma hendak mendapatkan keuntungan yang maksima hasil dari pelaburan anda. Antara produk mereka ialah M....... dll Kalau modal ciput jangan beli. Anda kena iklankan bisnes ni untuk dapatkan pelanggan. Sambutan masyarakat terhadap bisnes ini kurang menggalakkan. Ditambah lagi dengan persaingan yang hebat. Ada syarikat lain yang jual i.gomobile dengan harga RM500 + web percuma lagi. Sedangkan sesetengah syarikat menjualnya dengan harga RM5000 dan lebih.

cuba pk macam mana bill gates boleh kaya..mcm mana lim goh tong boleh kaya..mcm mana david kuok boleh berjaya...mereka menempuh kesusahan yg amat dasyat lainlah sesetengah pemimpin politik...sendiri mau ingatla

Mana ada dalam dunia ini bisness boleh cepat kaya, sedangkan rasullallah pun bersusah payah berjualbeli.

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah, 188)

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.