Showing posts with label Google Adsense. Show all posts
Showing posts with label Google Adsense. Show all posts

Aug 8, 2009

Kenali Munawwar

Tentang Munawwar..seorang pakar Adsense tersohor di Malaysia...

"Nawar! saya dah buat macam-macam pasal internet business tetapi tidak ada satu pun yang berjaya… Habis duit adalah, saya dah hilang kepercayaan dan rasa tertipu… nak cerita pun malas"

Kalau anda adalah subscriber saya atau pernah menjadi subscriber saya di Jana-Wang-Adsense.com, pastinya anda ada menerima email dari saya berkenaan "Tentang Saya!". Pada email tersebut, saya menceritakan serba sedikti berkenaan diri saya dan perniagaan internet saya.

Tetapi itu sebenarnya tak mendalam…saya cerita ringkas sahaja… sekarang saya akan ceritakannya dengan lebih mendalam…

Pengalaman Berkerja

Ia bermula 5 tahun dahulu disebuah planet yang dipanggil Cyberjaya, tempat saya berkerja dahulunya. Saya mulakan kerjaya saya sebagai Support & System Engineer, kerja-kerja support ini dah mendarah mendaging kata orang tua-tua.

Handphone, nombor telephone rumah, Pager, nombor telephone keluarga dan mertua di kampung semua kena diberikan kepada Company supaya mudah untuk dihubungi… bayangkan!

Kalau orang lain mungkin tidur sebelah isteri, saya pula tidur sebelah handphone. Kalau customer call saya tidak jawap, esok awal-awal pagi kat office kena jawap depan management. Sampai ke tahap fobia kalau handphone saya tak berdering satu hari. Saya jadi risau, handphone saya rosak ke? walhal memang customer tak call pun :-)

Ini bukan kes customer yang beli ebook harga RM50 tetapi system yang ratus Juta dan Billion ringgit.

Kalau dapat emergency call, memang la malang nasib… system perlu recover dalam tempoh sejam… kalau tak kena penalty… Company kena bayar customer ikut Service Level Agreement… lebih dari 4 jam system down… mungkin berjuta penalty yang dikenakan sebab customer loss revenue.

No Life.. No Life… No Life…

Kalau waktu tu jugak anak sakit, bini merengek "NAK" memang tidak dilayan. Ya Allah, tidak boleh nak lupa saya pengalaman-pengalaman ini. Pernah tak anda kerja "around the clock, follow the sun"? Kalau bab travel oversea ini usah cakap la… airport dah jadi rumah. Kalau bab teknikal ini setiap byte dan bit saya buat tracing…

Cukuplah setakat itu saya cerita pengalaman kerja saya lebih kurang 5 tahun…Kata mat salleh ENOUGH is ENOUGH!

Jadi keadaan itulah yang membuatkan saya berfikir dan termenung… SAMPAI BILA?

Lebih kurang 4 bulan selepas saya di assigned sebagai Customer Support Manager iaitu August 2006…. saya QUIT!

Kalau saya tunggu beberapa bulan lagi.. boleh la cecah 5 angka pendapatan disitu.

Perniagaan Internet Saya Bermula

Bertitik tolak dari situ lah saya mula cari peluang untuk buat online business secara part time..

Saya berfikir macam ni, kalau lah aku gunakan MASA, TENAGA dan COMMITMENT yang aku beri pada company untuk perniagaan aku sendiri, pastinya perniagaan aku dah berjaya dan yang lebih penting saya buat untuk diri sendiri bukan untuk orang lain… own satisfaction!

Jadi perjalanan bermula disini…ketika itu tahun Mid 2004 kalau tak silap saya.

Saya seperti anda juga, saya buat search di Google, cari bagaimana nak buat online business yang tidak memerlukan banyak masa dan saya boleh buat part time memandangkan masa saya terhad. berkerja.

Tak Faham Dan Rasa Tertipu (Salah Sendiri)

Adalah tah macam mana saya terbeli satu produk "making money online" dari USA, rasanya masa itu saya cari maklumat pasal kereta Volvo (peminat Volvo katakan) dan saya terbeli pun sebab saya klik iklan Adsense yang terdapat di laman web forum tersebut (pada masa itu saya tak tahu yang itu iklan Adsense)… kelakar betul

Sampai sekarang produk itu masih saya simpan, tak guna pun sebab tah apa-apa kandungan dia.. borak je dalam video tu tetapi caranya tak diajar… TERTIPU? mungkin!

Saya PUTUS ASA? KECEWA?….No Way!

Pernigaan Internet Yang Pertama

Kemudian dalam pencarian saya tu saya terjumpa satu laman web (lead capture website) yang owner dia adalah gadis dari Indonesia bernama Anne Ahira. Saya kagum sebab dalam usia yang masih muda mungkin masa itu sekitar awal dua puluhan dah jadi international internet marketer. Beliau promosikan produk Financial Freedom Society (FFSI) secara network marketing. Team dialah yang paling TOP sebab dia create satu system yang kita boleh easily duplicate. Team dari US dan Europe bawah dia.

On the spot, next day saya terus join sebab pertamanya saya memang minat dengan produk tersebut yang mengajar untuk mengurus kewangan dan kedua saya tertarik dengan system yang Anne Ahira bina.

Knowledge & Skills First

Dari situlah saya belajar tentang internet marketing, apa itu Lead Capture Website, opt-in, Autoresponder (Email Marketing), Prospecting skills, Blogging, Adwords, Ezine, Solo Ads dan sebagainya dan fikiran saya mula terbuka seluas-luasnya mengenai internet marketing.

Beberapa hari selepas saya join, saya berjaya recruit prospect dari USA, Australia, Ireland, Malaysia, Singapore, Africa dan banyak lagi… semua saya buat secara online. Tidak ada satu meeting dan call pun yang saya buat… upline saya pun terkejut :-)

Masa itu memang saya nekad dan determination, saya memang terus terjun dan berenang. Saya cakap dalam hati saya, aku mesti belajar, buat dan praktikkan.

Menjana pendapatan online saya letak belakang dulu, yang UTAMA ialah KNOWLEDGE dan SKILLS. Tak pandang belakang lagi dah… kalau satu benda tu saya tak tahu, saya akan baca dan buat sampai faham.Klik di sini untuk dapatkan panduan menjana pendapatan di Internet dengan Google Adsense.

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.