Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

May 21, 2010

Cameron Highlands

Kalau sebut Cameron Highlands, pasti anda terbayangkan keenakan menghirup Teh Boh, tempatnya yang indah, udaranya yang nyaman dan menyegarkan.Suasana hutannya  dilitupi kabus tebal yang kaya dengan flora dan fauna.Pasti ramai yang teruja atau ingin bercuti di sana.Ramai pengguna internet yang mencari tempat penginapan yang sesuai di Cameron Highlands.Jadi aku senaraikan laman web yang boleh anda layari dan buat survey soal harga, tempat dan sebagainya untuk menginap di situ.Antaranya :


Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang MelayuTanah Rata dan Brinchang yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.

Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.


Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.