Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

Jun 27, 2018

Cerita Dua Orang Tentera


Image result for perajurit

Dua anggota tentera maut dihempap pokok dalam satu operasi di Hutan Royal Belum. Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.Risiko sebagai anggota  tentera yang sentiasa terdedah dengan ancaman sama ada di hutan mahu pun di bandar. Berpisah dari keluarga kerana menunaikan tanggungjawab kepada negara. Tidur di hutan belantara bertemankan nyamuk dan pacat yang sentiasa ketagihan darah. Tidur hanya beralaskan hemok dan berbumbungkan poncho serta berlaukkan makanan segera. Bukan setakat musuh, pokok besar tetapi binatang buas dan serangga berbisa juga menjadi ancaman. Terpisah daripada dunia luar hanya semata-mata menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga sempadan negara dari diceroboh.. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka yang terkorban. Anda adalah wira kami yang telah mengorbankan diri untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Ketika kita sedang tidur di kamar berhawa dingin, mereka tidur dalam khemah dengan segala kekurangan. Hati dan Doa kami sentiasa bersama anda. Hargailah perajurit kita yang bertugas menjaga keselamatan negara. Tanpa mereka siapalah kita.

No comments: