Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

Feb 14, 2018

Pendaftaran Pemilih Tidak Boleh Dilakukan Secara Online

Tular di media sosial, terutama aplikasi whatsapp .Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan penyebaran maklumat di media sosial yang mendakwa bahawa pendaftaran pemilih boleh dilakukan secara online atau melalui aplikasi media sosial. Pendaftaran itu kononnya boleh dilakukan dengan hanya menghantar gambar kad pengenalan MyKad ke nombor talian telefon tertentu dan akan didaftarkan segera sebagai pemilih.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa kaedah itu adalah tidak dibenarkan dan tidak sah. Kaedah pendaftaran yang digunapakai memerlukan individu tersebut hadir sendiri ke kaunter pendaftaran SPR atau mana-mana kaunter pejabat pos berkomputer atau melalui Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang dilantik oleh SPR.


Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan mesej yang ditularkan kerana dibimbangi maklumat peribadi akan disalahgunakan untuk tujuan lain oleh pihak terbabit.
Sumber : sebenarnya.my

No comments: