Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

Jan 5, 2018

Cerita Biawak Tamak

Image result for free image two big lizard fight

Pagi tadi saya menonton saluran Discovery. Kelihatan dua ekor biawak sungai bergaduh berebut makanan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Makanan cuma seekor ikan yang diperoleh hasil rezeki seekor helang yang terlepas tangkapan dari mulutnya. Berkelahi sehingga kedua-duanya mengalami luka di badan. Tiba-tiba di tengah kekalutan dan perbalahan, muncul biawak ketiga mencuri ikan yang menjadi rebutan kedua-dua ekor biawak tadi. Biawak ketiga segera melarikan makanan tersebut. Biawak pertama dan kedua terus bercakaran sehingga lupa makanan yang menjadi rebutan sudah tiada. Sehingga kedua-duanya keletihan dan mengalami luka-luka di badan, barulah masing-masing berhenti. Malangnya makanan yang direbut tadi sudah hilang entah ke mana. Masing-masing berlalu pergi dalam keadaan hampa dan kelaparan. Moralnya hanya kerugian yang kita peroleh sekiranya terus bercakaran sesama sendiri. Siapa yang mendapat manfaat. Sudah tentu musuh yang sentiasa mengintai, mencari peluang untuk keuntungan yang sedikit. 

No comments: