Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

Dec 27, 2017

Cerita Wang Kertas RM20

Related image

Pagi tadi saya ke sebuah bank. Semasa beratur di ATM seorang wanita tua terkial-kial di hadapan saya, Beliau ingin mengeluarkan wang menggunakan kad debitnya. Setelah beberapa kali mencuba tetapi tidak berjaya.Saya bertanyakan masalahnya. Beliau menjelaskan ingin mengeluarkan wang sebanyak RM10 sedangkan baki akaunnya cuma RM15. Saya memberitahunya beliau tidak boleh berbuat demikian. Bakinya tidak mencukupi. Dengan wajah sugul dia terus keluar sambil merungut kerana tiada wang sesen pun untuk dibelanja. Saya hanya memerhatinya dari jauh.Kelihatan dia termenung panjang di kaki lima hadapan bank lalu saya mendapatkannya dan menghulurkan RM20. Air matanya mengalir di wajahnya yang telah dimamah usia. Dia hanya mengucapkan syukur dan ayat yang terpacul dari mulutnya "terima kasih anak". Saya berlalu pergi.Hati saya berbisik, hanya itu yang mampu saya tolong, orang tua.Moralnya kecil bagi kita, sebenarnya amat bernilai bagi orang yang berada dalam kesusahan. Marilah kita saling membantu kerana dalam rezki kita sebenarnya ada hak orang  lain yang memerlukan pertolongan.

No comments: