Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

Dec 15, 2017

Cerita Presiden Mabuk Kuasa

Image result for leader

Suatu hari seorang presiden terpaksa melepaskan jawatannya setelah 37 tahun berkuasa.Atas desakan rakyat dan tentera yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya secara kuku besi.Dahulunya dia merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan yang berjuang membebaskan negaranya dari penjajah.Malangnya setelah dilantik sebagai presiden dia lupa dan mabuk kuasa. Beliau mengamalkan pemerintahan secara autokrasi menyebabkan berlaku penindasan terhadap rakyat bawahan dan kepincangan dalam pentadbirannya.Sistem ekonomi negaranya merudum. Dari negara terkaya menjadi antara negara termiskin. Moralnya seorang pemimpin yang pernah berjasa tidak semestinya berjasa selamanya. Apabila rakyat tidak perlukannya lagi, beliau ibarat kain buruk. Manusia boleh berubah dari baik kepada jahat apabila diuji dengan kuasa, pangkat dan kekayaan. Pangkat, kuasa dan kekayaan adalah pinjaman. Beruntunglah pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab apabila diberikan amanah untuk memimpin. Pemimpin hebat akan dikenang dan disanjung sepanjang zaman.

No comments: