Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

Nov 30, 2017

Cerita Budak Kaki Terbalik

Image result for ulrich abuja

Seorang budak lelaki  dikenali sebagai Ulrich, berumur 12 tahun. Cacat sejak lahir. Masyarakat hanya memandangnya sebagai pelik dan melabelnya cacat. Tiada siapa berusaha untuk membantunya sehinggalah Mercy Ships memuat naik gambarnya di laman Facebook rasmi milik badan amal tersebut.Ayat keramat "kaki lurus bermakna kehidupan baru untuk Ulrich menarik simpati netizen untuk menderma bagi membetulkan kakinya membengkok ke belakang. Dengan bantuan Mercy Ships serta sumbangan derma masyarakat, dia mendapat rawatan percuma menjalani pembedahan kakinya. Akhirnya dia kembali berjalan secara normal setelah 12 tahun menderita berjalan kaki terbalik. Ketika seseorang menderita sakit dan kemiskinan, masih ada yang sudi membantu. Moralnya sedikit sumbangan anda mampu mengembalikan kegembiraan orang lain. Bersama kita menyumbang walaupun sedikit.  

No comments: