Koleksi berita dan cerita dari pelbagai sumber untuk santapan minda anda

Jul 3, 2010

Petua Jimat Duit -1



Anda mungkin biasa membayar bil utiliti setiap bulan.Bil api, air , kad kredit ,Astro , TM dan sebagainya.Pernah tak suatu hari semasa anda berkunjung ke Pejabat Pos dan sebagainya, orang ramai berbaris panjang atau nombor giliran anda yang ke 100.?.Aku pasti semua orang pernah mengalami situasi tersebut.Semasa aku duduk di bangku panjang menanti giliran, tiba-tiba aku terfikir kenapa aku tak bayar kesemua bil secara online saja.Bayar semua bil melalui CIMBclick atau Maybank2u.Sudah tentu aku dapat menjimatkan masa dan duit bayar parking dan minyak kereta.Banyak perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari banyak membawa pembaziran dalam hidup kita..Sekali-sekala kena berfikir luar dari kebiasaan ( Out Of The Box ).

1 comment:

sarah shafie said...

yezza..mmg slalu byar bil on9 sbb mlas nk g pej pos..